Welcome, Guest
Please Login or Register.    Lost Password?

Busana Muslimah: Di mana Islamnya?
(1 viewing) (1) Guest
Selamat datang ke Komuniti Kedahonline
Go to bottomPage: 1
TOPIC: Busana Muslimah: Di mana Islamnya?
#861
Busana Muslimah: Di mana Islamnya? 1 Year, 5 Months ago Karma: 2
Ayah, emak, saya sudah memakai hijab seperti yang kalian suruh. Bye-bye!”

Bagaimanakah tatacara melabel sesuatu sebagai Islamik (HALAL)?

Apakah ada garis ukurnya, atau bergantung kepada intepretasi bebas masing-masing?

Ketika masyarakat berdepan dengan pelbagai ancaman ajaran sesat yang lazimnya berpaksikan sesuatu yang ritual, mistik dan terpencil daripada kehidupan massa, kita juga sedang mendepani kekeliruan-kekeliruan yang berada di dalam arus perdana. Sesuatu yang jarang dilihat sebagai ‘ajaran sesat’, tetapi cukup banyak memesongkan manusia daripada landasan hidayah.

Itulah BUSANA MUSLIMAH.

LANDSKAP 1990′AN

“Mak Fatih di Turki, purdahnya bukan sehelai kain tambahan yang menutup muka. Tetapi tudung yang dipakai, digenggam dengan tangan di bahagian hidung. Semua perempuan pakai seluar besar,” saya berbual dengan ibu tentang cara berpakaian wanita Anatolia yang saya lihat.

“Nak kenal mahasiswi Turki senang sahaja. Ramai di kalangan mereka suka memakai tudung dengan sanggul tinggi,” saya bersembang dengan rakan-rakan di Jordan.

“Bukan sanggul tinggi itu, bonggol unta yang Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam laknat dalam hadith tu ke?” tanya rakan saya.

“Betul dah tu. Tak apa, kita buang sanggul tu, kita ambil tudungnya sahaja. Buat hadiah. Bukan senang nak dapat tudung sutera Turki di Malaysia” saya menokok perbincangan.

Kelana saya ke pelbagai negara umat Islam di era 90′an, memperkenalkan saya kepada pelbagai bentuk pakaian yang disesuaikan dengan budaya, persekitaran dan keperluan, namun masih mengekalkan prinsip-prinsip asas berpakaian menurut Islam. Pelbagai bentuk seluar, abaya, tudung, malah pelbagai bentuk niqab, kesemuanya membentuk satu kesediaan pada diri saya untuk lebih dinamik dalam mendefinisikan apa itu fesyen dan seluas manakah ruang yang disediakan oleh Islam untuk ia berkembang.

Ketika itu, segala-galanya masih asing daripada masyarakat kita.

Baju kurung, masih kekal dengan potongan baju kurung yang biasa.

Tudung juga tidak banyak jenis.

Malah berpurdah masih asing dan pantas dikaitkan dengan Jemaah al-Arqam.

Saya juga boleh rancak bercerita tentang pengalaman saya di negara Arab kerana jarang-jarang sekali muka Arab ditemui di jalanan ibu kota negara. Malah Malaysia hampir-hampir tidak termasuk di dalam destinasi pelancongan warga negara Arab yang ketika itu masih berkiblatkan Eropah untuk percutian mereka.

LANDSKAP SEMASA

Hari ini, komunikasi, teknologi maklumat dan mobilisasi manusia mengalami perubahan yang besar. Globalisasi menghimpunkan manusia yang pelbagai di sebuah perkampungan antarabangsa. Masyarakat kita semakin terdedah dengan pelbagai bentuk budaya dan ekspresi diri termasuklah fesyen. Pelbagai idea datang untuk mengembangkan cara berpakaian kita, khususnya untuk wanita Muslimah.

Industri fesyen semasa berkembang maju. Ia sesuatu yang boleh dihargai pada sudut-sudut positifnya.

Baguslah begitu.

Dahulu kala, wanita yang berhijrah itu mendefinisikan HIJRAH bukan sekadar pada memakai tudung, tetapi terus kepada mengubah keseluruhan penampilan diri dan gaya hidup. Imej perubahan diri Hajjah Wan Chik Daud, Siti Fairuz, Rahimah Rahim juga Noorkumalasari, memperlihatkan hijrah itu benar-benar suatu hijrah.

Namun kini, dengan perkembangan fesyen yang begitu dinamik, HIJRAH boleh berlaku dalam format yang lebih mudah. Ia tidak menjadi satu revolusi ke atas diri, namun sekadar mengenakan tudung atau meletakkan sesuatu di atas kepala yang dianggap sebagai simbol perubahan diri. Semakin lama, ia semakin berkembang. Malah perkembangan fesyen alternatif ini sudah sampai kepada berjaya menganjurkan pertunjukan fesyen di peringkat nasional, serantau dan antarabangsa. Antaranya adalah Fashion Show Busana Muslim 2010 di MIDF HALL, di ibu kota Kuala Lumpur tidak lama dulu.

Versi DUBAI!

PENTAKRIFAN

“…Dan janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang Jahiliyah zaman dahulu…” [al-Ahzaab 33: 33]

Sejauh manakah pakaian itu boleh diterima sebagai Busana Muslimah?

Bagaimana dengan batas-batas Aurat?

Bagaimana dengan sifat bersederhana dan MALU yang menjadi tunjang ekspresi diri pada berpakaian itu?

Perkembangan semasa, memperlihatkan, apa yang dilabelkan sebagai Busana Muslimah itu, bukan lagi sekadar Tabarruj Jahiliah malah sudah menjadi al-Kaasiaat al-‘Aariyaat seperti yang diungkapkan oleh Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam yang bermaksud SEPARUH TELANJANG, atau BERPAKAIAN TAPI BERTELANJANG.

Daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu beliau berkata, Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam telah bersabda, “Dua kelompok daripada penghuni Neraka yang aku tidak pernah melihatnya (semasa hidupku): Kaum yang memiliki cambuk seperti ekor lembu dan mereka melibas-libas orang dengannya. Yang kedua adalah wanita yang akan telanjang walaupun mereka sedang berpakaian, perempuan ini berjalan sambil berlenggang lenggok dan sanggol rambutnya seumpama bonggol unta. Dan perempuan yang sebegini keadaannya tidak akan mencium bau syurga. Ketahuilah bau syurga sudah boleh diciumi dari jarak begini dan begini. “[Hadith riwayat Muslim]

Fesyen yang membiarkan leher keluar, telinga keluar, dada terdedah, jenis kain lembut yang rapat membalut tubuh dengan bentuk yang menonjol, semua itu diterima sebagai sebahagian daripada kriteria BUSANA MUSLIMAH. Malah tahun 2010 menyaksikan berleluasanya pemakaian tudung dengan bonggol yang sangat menonjol di bahagian atas kepala, sama ada oleh rambut sendiri yang panjang, atau dengan sanggul palsu yang dijual di kedai HIJAB?

Sekadar meletakkan sesuatu di atas kepala, atau melabuhkan top hingga ke bawah ala-ala jubah atau abaya, jadilah ia BUSANA MUSLIMAH!

Di manakah Islamnya?

Pakaian ini diberikan kepada artis-artis yang mungkin di hatinya memang mahu membuat perubahan diri. Saya tidak berada di posisi untuk menilai niat di hati sesama insan. Tetapi niat yang baik itu ditemukan dengan solusi yang sangat jauh daripada Islam. Apatah lagi, dengan status pemakainya sebagai ikon masyarakat (jika masih mahu mengikonkan artis), ia menjadi ikutan. Lalu berleluasalah segalanya.

Tidak sampai ke suku ketiga tahun 2010, penyelewengan cara berpakaian menurut Islam semakin menjadi-jadi.

Jika kalian yang tidak pernah bertudung, mula bertudung dengan fesyen sebegini, mungkin sukar untuk menghayati perubahannya. Namun bagi kalian yang dahulunya berpakaian secara sederhana tetapi mula memperagakan fesyen seperti ini, tanyalah secara jujur ke dalam hati, adakah kalian semakin malu di hadapan Allah atau semakin berani dan bijak mencipta justifikasi?

Islam menyediakan ruang yang secukupnya untuk seorang wanita Muslimah dan lelaki Muslim yang belum menutup aurat untuk segera mencari kekuatan berbuat demikian. Tetapi menyambut kejayaan membuat perubahan dengan menghantar mereka ke daerah Busana Muslimah yang sangat bercanggah dengan Islam ini, ia adalah suatu kesesiaan yang mengundang penyesalan.

BEBAS

“Inilah kata-kata orang agama. Semua salah” ulasan yang muncul.

“Semua itu hanya Male Chauvinism. Semua perbuatan orang perempuan mahu dikawalnya” tegas seorang yang lain.

Sesungguhnya kata-kata seperti itu sangat jauh dari kalam terbitan IMAN.

Islam memuliakan kaum lelaki dan perempuan, pada TAQWA, iaitu kualiti diri berkaitan dengan ilmu, bakat, Akhlaq, keupayaan diri dan jauh sekali daripada memperhambakan diri kepada mengejar usaha mengisi makna CANTIK yang tidak pernah berakhir itu. Sesungguhnya CANTIK itu adalah satu bentuk perhambaan wanita yang menyeronokkan (lagi menguntungkan).

Jika demikianlah komen-komen yang timbul tatkala saranan ini datang, ketahuilah anda sememangnya bebas berpakaian sesuka hati anda dan kita tidak akan mengganggu kebebasan individu yang dibanggakan itu. Namun sebaik sahaja pakaian jelek itu kalian nisbahkan kepada Islam, kami bangkit menentangnya.

Kami cemburu dengan agama kami.

BUSANA MUSLIMAH yang tidak mematuhi Islam seperti itu adalah penghinaan kepada Syariat Allah.

Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan – apabila Allah dan Rasul-Nya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara – (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan Rasul-Nya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata. [al-Ahzaab 33: 36]

FULL STOP!

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG



salam...
aku sebenaqnya tatau nak post artikel ni kat mana...
nak letak kat artikel...
xdak ruangan la pulak...
boh tang ni la...
admin n MOD... kalau qasa sesuai tang mana... hangpa tlg move sat noo...
apa pun.... artikel yang baik untuk renungan....
"pompuan la ni... berpakaian menutup aurat, tapi mcm terlanjang" aku slalu kata kat bini aku.... hehehe





kapueka
Moderator
Posts: 56
graphgraph
User Offline Click here to see the profile of this user
Last Edit: 2010/08/27 12:12 By kapueka.
The administrator has disabled public write access.
 
#897
Re: Busana Muslimah: Di mana Islamnya? 1 Year, 5 Months ago Karma: 0
Pakai jubah ngn tudung or tudung je dah leh dapat title busana muslimah?
kalu pakai jubah lak, jubah yg dah dimodenkan, mengikut bentuk badan...ntah hapa nama khusus jubah moden ni aku pun x ingat....tudung lak suma atas paras dada.
Sesuai sangat la ngn jubah moden tu....spotlight n bumper terang2 bg org tengok....nauzubillah....
n tudung tu lg sesuai ngn jeans low waist tu....pakejkan sekali...spotlight, bumper ngn alur / lurah tuuuutttt....
Bulan posa ka x depa hayun semacam aje...
yg jantan ngn seluaq pendek...apa yg syoknya ngn seluaq pendek?
Bolehkah kita mencapai tahap 100% puasa ngn mereka2 ini di sekeliling kita?
sotongkangkung
Moderator
Posts: 23
graphgraph
User Offline Click here to see the profile of this user
Last Edit: 2010/08/30 02:21 By sotongkangkung.
The administrator has disabled public write access.
 
#976
Re: Busana Muslimah: Di mana Islamnya? 1 Year, 5 Months ago Karma: 1
Dalam hadis nabi dah ada....akhir zaman 'perempuan2 berpakaian tapi bertelanjang' ..tanda2 kiamat
bropian
Senior Boarder
Posts: 80
graphgraph
User Offline Click here to see the profile of this user
Aku kah itu....
The administrator has disabled public write access.
 
#1023
Re: Busana Muslimah: Di mana Islamnya? 1 Year, 5 Months ago Karma: 2
btoi tu Bro..
tapi pasai title buasana muslimah...
bleh saja...
akhir zaman ni..
org sanggu menjual agama untuk keuntungan dan kepentingan diri...
SUBHANALLAH......




kapueka
Moderator
Posts: 56
graphgraph
User Offline Click here to see the profile of this user
The administrator has disabled public write access.
 
#1037
Re: Busana Muslimah: Di mana Islamnya? 1 Year, 5 Months ago Karma: 0
kapueka wrote:
btoi tu Bro..
tapi pasai title buasana muslimah...
bleh saja...
akhir zaman ni..
org sanggu menjual agama untuk keuntungan dan kepentingan diri...
SUBHANALLAH......







Betoi tu bro...
Awat xdak sapa pi berdakwah ngn peniaga2 yg dok jual apa yg depa pangge busana muslimah ni?
Tengok pertandingan rekacipta busana muslimah ni pun dah tau depa mempermainkan hukum Allah...
Seperti orang bodo....mendefinisikan aurat sekadar muka dan telapak tangan....nauzubillah.....
sotongkangkung
Moderator
Posts: 23
graphgraph
User Offline Click here to see the profile of this user
The administrator has disabled public write access.
 
#1042
Re: Busana Muslimah: Di mana Islamnya? 1 Year, 5 Months ago Karma: 2
tu la incik sotong...
sebahagian wanita la ni...
'merelakan' diri mereka di perdagangkan....
tengok iklan2 yang ada sekarang ni sudah la...
bleh 'suqut' pahala posa....

kekadang depa ni bukan xtau....
tapi jeneh... "alah... sikit ja... sikit ja...."
"ketat sikit ja... xnampak gemok sangat..."
dari sikt2 tu la dok jadi mcm la ni...
"berpakaian "mendedahkan" tubuh.... huhuhuhu...

p/s: bukan org dalam KOL... tempat len nuu.... org KOl semua sopan2 belaka....





kapueka
Moderator
Posts: 56
graphgraph
User Offline Click here to see the profile of this user
The administrator has disabled public write access.
 
Go to topPage: 1
Moderators: xdika

Login - Facebook

Connect with facebook

Hi , login or create a new account below

Login

If you already have an account with this website login with your existing user name and password to enable Facebook Connect

Forgot your password? Forgot you username?
Register

Alternativley to create a new account using details from your Facebook profile enter your desired user name and password below

Powered by myApi

Registration and login on this web site has been made faster and easier by myApi, the Facebook Connect Joomla bridge

There is no need to worry, this website will never be able gain access to your account, or personal data you do not explicitly give it permission to use

Jerkah ~!

Latest Message: 3 months ago
  • allyfurtado : orang yg POSITIF ialah org yg berani mengambil risiko utk memajukan diri.. Manakala orang yg NEGATIF akan memberi 1001 alasan demi menegakkn fikiran NEGATIFNYA krn takut utk mengambil risiko..anda seorg yg POSITIF atau NEGATIF? PROGRAM RM20SEGERA hanya memerlukan org2 yg POSITIF..jika anda seorg yg berfikiran POSITIF,rebutlah peluang ini.... Inbox saya jika anda seorang yg POSITIF!
  • Rabiatuladaw : Sistem buat duit dari rumah tanpa perlu pengalaman. Sila layari «link»
  • sarifah : Income Masuk Harian & Mingguan..Hari2 Masyyukkk!!«link» - tubi
  • sarifah : RM100 BERBARIS MASYUK.. KERJA DARI RUMAH SANTAI - SANTAI JE DAPAT PULUHAN RIBU SEHARI??? Kini Peluang Terhebat Sudah Berada Di Tangan Anda. «link» - tubi
  • Rabiatuladaw : Sistem buat duit dari rumah tanpa perlu pengalaman. Dapatkan laporan percuma sekarang di «link» Very Happy
  • aishah2493 : salamm,teringin tak nak buat rm50 setiap hari??kalau nak,ape kate follow link ni untuk tau mcm mane «link»
  • khairudinmk : ini wa punya kelab...leh santai santai sembang sembang...«link» Very Happy Sad
  • khairudinmk : untung jugak ada portal nie..leh belajar camner nak carik site income...apa apa pun singgah la kat klab wa Wink Sad Sad
  • arelock : ooozaman lani zaman fb, forum n portal dah jadi tempat lungguk eklan...
  • arelock : bulan posa ni semua org nak cari duwet raya... salam salam ramadhan

Login dulu baru boleh jerkah

Survey

Adakah anda perlukan ruangan Chat Room di KOL ?
 

FB Fan Box

Facebook Activity Box

Please login to be able to chat.