KedahOnline v6.0 - Komuniti Kedah [ FREE!! Media & Software Downloads - Forum - Chat - Gallery ]
  .:: Utama :: Downloads :: Forum :: Akaun Anda ::.  


Jom Klik Sini
Menu KedahOnline
 Laman Utama :
 Muka Depan
 Kirim Artikel(Sumbangan)
 Koleksi Artikel
 Senarai Artikel
 Keahlian :
 Senarai Ahli
 Akaun Anda
 Komuniti :
 Feedback
 Beritahu Rakan
 Forum
 
 Downloads
 
 Stats :
 Statistik
 Top 10
 Survey
 Dokumen :
 Pengiklanan
 Novel & Karya
 Tutorial
 Peraturan
 FAQ
 Diari
 WebTeam
 Perkhidmatan Kami :
 Galeri Gambar
 Cuaca
 Games@KOL
 MP3 Player
 KOL Friendmate
 Hantar Tutorial
 Lirik
 Iklaneka
 Quran
 Resepi
 Jerkah
 KOL Messenger
 Takwim
 Sumbangan Anda
 KOLTube

 Menu Tambahan :
Tambah Bookmark
Email WebTeam

Sebanyak

muka laman kami telah dikunjungi sejak June 2003

Menu Pengguna
Salam! Tetamu

  Daftar
  Lupa Password

Nama Samaran

Katalaluan

 

Membership
Terbaru: RobBanks
Hari Ini: 2
Semalam: 32
Keseluruhan: 51840

Online Sekarang [51]:
Pelawat: 49
Ahli: 2

Ruang Iklan

Klik Dapat Wang

Gali Duit

Jom Buat Duit

Jom Buat Duit

Menjual Produk Kesihatan Dalaman Suami Isteri

Zaimah Homestay

Al-Jabbar

Get Free your own name.bub.my blog, Lets bub with us !

High-Tech Nutrition



RM5 dan Harga Diri
Pelbagai dieba menulis "RM5 dan Harga Diri


Jalan di situ berlopak-lopak besar,terhinjut-hinjut Toyota Corolla Altis 1.8 ini dilambung graviti. Ery duduk disebelah sudah berapa kali bangun tidur, dengkurnya makin menjadi. Siaran radio sekejap berbunyi, bercampur-campur. Sekejap radio perak, sekejap kedah mengikut lambungan kereta. Aku terpaksa memperlahankan kereta melalui satu perkampungan nelayan yang kotor, beberapa budak-budak kecil dengan muka yang comot dan hingus kering di muka berlari-lari. Seorang daripadanya tidak berseluar langsung,geli. Ada orang tua berbasikal mengangkat tangan memberi salam. Aku menaikkan cermin kereta, melepaskan rengusan garang.

Ery sudah bangun, mengesat-ngesat mata, menggeliat kasar. Mengeluarkan bunyi seperti kerbau. Perempuan sial, sopannya cuma didepan jantan,tersipu-sipu dan bersimpuh malu. Hipokrit ini cuma tahu bersolek dan berdandan bila mahu keluar, di rumah dia seperti perempuan baru beranak,t-shirt goboh dengan kain pelekat senteng dan rambut usai seperti orang gila, mengeluarkan bau hapak dan masam.

Ada sebuah jeti buruk disitu. Beberapa nelayan baru sampai dari laut disambut peraih-peraih buncit. Memunggah ikan. Ery sudah separuh menggelepar diluar meliar mata mencari hafik,tunangnya. Aku duduk sahaja di dalam kereta. Aku bencikan pantai hanyir seperti ini.Beberapa gadis bertudunglabuh lalu dengan menaiki basikal dan memberi senyuman. Aku menghempas pintu serta merta. Memang benar.Perempuan kolot seperti mereka itu, patut dijerukkan saja di tempat busuk ini.Tolol!

Kemudian, datang seorang tua menghampiri tingkap belakang. Aku sedikit marah, mengetap bibir. "Nak apa?!" Dia terketar terkejut, sedikit berundur." Assalammualaikum nak, pakcik ambil upah cuci kereta.." Dia bercakap dengan pandangan yang tumpah ke kakinya, tertib dan seperti takut. Di tangannya ada satu baldi buruk air sabun dengan tuala koyak di bahu. Baju kemeja kusam koyak di poket, cuma dibutang dua menampakkan dadanya yang leper ditolak tulang selangka. Seluar hijau pudar senteng. Tidak berkasut dengan kuku hitam dan kaki yang reput. Menjijikkan! " Basuh sajalah, tapi, awas!! Kalau calar kereta aku,tahulah macamana aku nak ajar kau!!"

Berkata sambil meliarkan mata pada Ery yang tengah tersengih-sengih meramas-ramas tangan dengan tunangnya itu. Duduk pula bersimpuh, membelai-belai rambut. Boleh pula kaki yang asyik duduk terkangkang di rumah itu di tutup rapat. Orang tua itu tertunduk-tunduk mengucap terima kasih. Ah, miskin seperti ini tunduk-tunduk meminta simpati, tiada maruah.Terus saja dia menggosok satu demi satu tayar kereta. Memberus sambil terbatuk-batuk, meludahkan kahak hijau. Pengotor, sial! Aku mengalihkan mata ke pantai. Peraih berdekah ketawa menepuk- nepuk belakang nelayan kurus itu. Menyerahkan beberapa ringgit. Nelayan itu tersenyum pahit. Menyelitkannya di celahkopiah. Itulah, siapa suruh kecil-kecil tidak mahu belajar pandai-pandai,masuk universiti dan kerja besar.Tidaklah hidup susah seperti itu.Bodoh!!

" Sudah nak!!" Pakcik itu datang setelah 20 minit.Aku sudah malas hendak memandangnya, dan kuhulurkan sahaja RM 5. Aku rasa itu sudah cukup lumayan untuk fakir seperti dia.Cepat-cepatlah dia pergi. Tapi, sebaliknya dia memegang lama duit itu. Tunduk dan menangis tersedu-sedu.Menambahkan kerut dan mengelapmata dengan hujung kemejanya. "Kenapa ni? Gila?!" " Nak, seumur hidup pakcik hidup susah ini, pakcik kerja memetik kelapa,mencuci tandas di restoran, kemudian mencuci kereta, belum pernah pakcik terima upah sebanyak ini. Paling banyak pun hanya seringgit." Dia bersungguh-sungguh melihat ke dalam mata aku.Timbul pula sedikit simpati, sedikit sayu. Rasa yang tidak pernah bertakung dalam hati keras aku selama 25 tahun ini.Dia melipat kecil wang itu diikat simpul di dalam sapu tangan biru muda. Pergi dengan terhinggut menangis dengan baldi buruk ke arah sekumpulan nelayan. Aku memandangnya dengan pandangan kosong. Ini warna kemiskinan,aku tidak pernah lihat. Aku membesar dalam hutan batu, di kota lumpur. Keras diselaput wang kemewahan, kemudian keluar dengan segulung ijazah. Bekerja seperti orang gila untuk duit. Biarlah,kalau aku mahu bantu, ramai lagi diluar sana . Lupakan saja..

Ery memanggil aku dari sebuah kedai makan di situ. Hampir 10 minit aku melayan meluat- melihat Ery yang tersipu-sipu menggagau mee dengan sudu dan garfu. Kemudian, kelibat orang tua itu melintasi kami, menjinjing dua beg besar hitam berisi barang. Hairan,takkanlah dengan wang RM 5 dia boleh membeli barang sebanyak itu. Mustahil. Atau dia memang ada duit tapi,berlagak seperti fakir. Mungkin.. Dengan rasa ragu, aku
menghapirinya. Dia memberi senyum lembut dan akudengan rasa curiga bertanya terus. " Eh, pakcik. Tadi saya bagi lima ringgit, takkan dapat beli barang sebanyak ini?".Bunyinya seperti meninggi. Pakcik itu seperti terkejut. Dia diam dan tunduk seketika. Pahit menelan air liur. Meletakkan dua beg plastik di atas tanah,membukanya satu satu,perlahan-lahan dan terketar.

Aku terkedu. Terkejut dan malu. Pakcik itu mengeluarkan sapu tangan tadi dan membuka simpulannya.Wang aku tadi, masih terlipat kemas. " Nak, pakcik tahu. Kami ini orang susah, nak. Hidup seperti najis, dibuang dan ditolak-tolak. Kalian pekup hidung melihat kami. Ambillah ini semula. Pakcik juga punya maruah. Kadang-kadang maruah kami lebih tinggi dari kamu orang kaya yang hidup berpura-pura,menipu orang. Harga diri kami masih kuat. Bila anak menyoal pakcik seperti tadi, anak telah memijak harga diri pakcik. Anak seperti menghukum pakcik sebagai orang tual sial yang berpura-pura susah.Ambillah semula,nak." Pakcik itu meletakkannya di atas tangan aku, dan aku menolak, berkali-kali. Aku sudah menangis, meminta maaf, berkali-kali. Tidak mahu menyentuh langsung wang itu, hingga jatuh di hujung kaki. " Lihat, itulah tempat duit. Di tapak kaki. Duit itu perlu, tapi jangan sampai ia lebih tinggi dari harga diri. Jangan sampai duit menjadikan kita angkuh dan bongkak. Pakcik ke sana tadi, tempat nelayan memunggah ikan. Pakcik kutip ikan-ikan kembung pecah perut ini yang sudah dibuang ke tepi.Dengan bangkai busuk ini pakcik sambung hidup anak-anak pakcik, jangan sampai kelaparan,jangan mati."

Mendatar sahaja suara orang tua itu berkisar-kisar dengan pukulan ombak. Dia terbatuk-batuk berjalan, meninggalkan aku dengan wang lima ringgit di hujung kaki, dua plasik berisi ikan busuk yang sudah mula dihurung lalat. Aku terduduk menangis semahu-mahunya. Aku mempunyai wang yang boleh membeli segala kemewahan dunia.Cuma aku belum mampu membeli sesuatu yang ada dalam diri orang tua itu.

*"jika tidak dapat apa yang kita suka...belajarlah utk menyukai apa yang
kita dapat.."

Nota: Klik link Read More utk baca seterusnya, ok..."

Kiriman pada Thursday, September 18 @ 19:48:20 EDT oleh khai

 
Related Links
· More about Pelbagai
· News by khai


Most read story about Pelbagai:
Kenali Tarikh Lahir Anda


Article Rating
Average Score: 5
Undian: 1


Please take a second and vote for this article:

Excellent
Very Good
Good
Regular
Bad


Options


_ASSOTOPIC

Pelbagai


The comments are owned by the poster. We aren't responsible for their content.


No Comments Allowed for Anonymous, please register


Re: RM5 dan Harga Diri (Score: 1)
oleh BEAUTIFULMARIA (beautiful@yahoo.com) pada Friday, September 19 @ 11:01:52 EDT
(User Info | Send a Message)
Cerita ni sungguh2 menyentuh perasaan...
Very touching!!!




:: Theme PHPNuke redesign by Wan ::

KedahOnline v6.0
Laman Komuniti Untuk Semua
[ KOL Flash Games | Lirik | Iklaneka | Al-Quran | KOL Messenger | Waktu Solat ]

Sila Baca Penafian,Syarat-syarat & Peraturan & FAQ Sebelum Melayari Forum Kami.

Komuniti KedahOnline adalah kelolaan dan inisiatif golongan Warga Negeri Kedah. Ia tidak ditadbir atau diuruskan oleh pihak Kerajaan Negeri Kedah. Harap Maklum.

Kedahonline.net : Download Mp3 Melayu/Inggeris/Software Handphone, Artikel, Tutorial
Galeri, Games, Pengiklanan, Messenger & Lain-lain.

Best viewed with resolution 1024 x 768.